Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895. | ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an). | ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tembok Penjara Pudu siap dibina 1892 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat ?Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital".Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang. | ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bangunan asal dapur Penjara Pudu yang menyerupai "pauper hospital" | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini. | ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penempatan utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disini | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur. | ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bilik penempatan yang menjadi saksi pada tahun 1985 banduan terpaksa tidur bergilir-gilir kerana kesesakan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri | ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat | ![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mural sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 yang menghiasi tembok Penjara Pudu merupakan yang terpanjang di dunia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kepesatan pembangunan disekeliling penjara bersejarah ini memaksa ianya ditutup buat selamanya | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penjara Pudu telah diterajui oleh beberapa pengarah bermula dari pembukaannya sehinggalah ditutup pada tahun 1996 yang lalu. Antara pengarah yang pernah menerajui Penjara Pudu adalah:
|
TIDAK KU SANGKA CEMPEDAK MENJADI NANGKA
Saturday, 26 May 2012
PENJARA PUDU DALAM KENANGAN
(Kisah Seram) Kenapa Penjara Pudu Dirobohkan Sebenarnya?
Terkejut gak bila baca kisah seram tentang kenapa Penjara pudu ditutup dan dirobohkanyang sebenarnya.

Walaupun kisah seram tentang sebab penjara pudu ini ditutup dan dirobohkan agak panjang tapi agak berbaloi untuk dibaca ramai-ramai agar menjadi pedoman setiap orang.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ __ _ _ _ __
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang-orang
tertentu sahaja…
tertentu sahaja…
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Beliau cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang warden itu mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu warden itu beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya warden itu selepas mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah dia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila sampai ke dalam gua tersebut sekali lagi warden itu bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa. Mannnnnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa”
“Ha Ha Ha Ha Ha! Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa … ”
_ _ _ _ _ _ _ __ _ _ __ _ __
Tahniah sebab membaca dengan tekunnya. Jangan marah~ hehehe
Mat Rempit Insaf Selepas Dengar Ceramah Ustaz Azhar
Kisah ini hanyalah satu kisah daripada kisah-kisah golongan anak muda yang berubah setelah mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Admin sendiri pun kagum dengan ustaz. Tengok sajalah countdown 2012 tempoh hari. Walaupun tanpa hebahan di media, namun berjaya menarik lebih 70 ribu hadirin yang kebanyakannya gologan anak muda. Jom kita baca kisah ini sama-sama.
Sebagai MAT REMPIT berjaya…aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang…apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH…Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa…tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2... Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat…nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan…jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR…” Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju…Islam dop sekat…asalkan time semayang,,mung sembahyang…time gi surau…mung gi surau…NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda…KUDA zaman lening mutorsikal r..”
satu agi..”Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH…tapi dengan syarat…mung letok ayah orang puan tu tengoh2…”HAHAJadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT…dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT…Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh…tapi kene semayang…kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2…aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku sharebagi ker AWEK aku…Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar KualaTerengganu…Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)…batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu…aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh…sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa…Hok paling aku suke…awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) …siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku…sebab aku kate ker dyer…lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang…sebab mung nok uat bini kam…kene jage r MARUAH bakal bini mung…InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia…jeput mari belake neh…rumah depan Keda Sabasun..hahahaGituLA serba sedikit kisoh aku…PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar…kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar…siap dapat kawin dengan ustazah agi…dapat pulop kerje sedap…BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA’…berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)…akhir kata..JOM GI KULIAH…kikikiki…dop seke pando gok aku uat karangan…spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..Ya Allah Ya Tuhanku…banyok dosaku PadaMu ya Allah…Aku Mohon Keampunanpu YaAllah…Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini…setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah…Matikanlah aku dalam iman…AMIN(mohon sahabat doakan)
Friday, 25 May 2012
Jenis-Jenis Dadah
Heroin
Definasi
-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama Lain
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul
Morfin
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ’999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
Nama lain
M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas
Candu
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul
Ganja
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan
menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul
Syabu
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain
Ice,batu
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan
Ecstacy/MDMA
Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur
Ketamin 
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah http://www.adk.gov.my/web/guest/dadah



TAKTIK IBLIS MENYAMAR DIRI KETIKA KITA BERDEPAN SAKARATULMAUT!
Assalamualaikum
Saya nak tanya korang macam aku tanya dalam entri-entri aku sebelum ni.Sudah siap sediakah kita untuk menghadapi kematian?Sudah siapkah kita untuk mati dalam bermacam-macam cara?![]() |
Sudah sedia jika ditakdirkan kita mati macam ni? |
![]() |
Atau mcam ni? |
![]() |
Macam ni? |
![]() |
Atau mati macam ni? |
Lepas mati,Siap sedia untuk jumpa rumah baru kita iaitu kubur?Sudah siap sedia untuk tidur di atas tanah dan bukan di atas katil?Sudah siap sedia untuk disoal nanti?Sudah cukupkah amalan kita?macam mana kalau kita mati nanti,kita tak sempat nak bertaubat?macam mana kalau kita mati,kita tak boleh menyebut kalimah Lailahaillallah?Macam mana?Korang rasa korang boleh tempuh sakaratul maut macam tu je?Tidak/Jangan bongkak.Jangan sebab apa?Sebab Iblis akan menyamar diri ketika kita dalam sakaratul maut.Iblis akan menyerupai macam-macam untuk menggoda kita buat kali terakhir.
Dalam sebuah hadis,Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t.
Ya Allah!Aku berlindung dengan engkau dari diperdayakan oleh syaitan ketika sakaratulmaut!
See?kekasih Allah sendiri berdoa dan takut jika diperdayakan ketika sakaratulmaut.Dapat bayangkan tak macam mana keadaan tu?Tidak,Sebab kita semua tak alaminya lagi sebab tu kita sombong,bongkak!
Iblis dan kuncu-kuncunya tidak pernah merasa jemu dan puas dalam menyesatkan dunia TERUTAMA ketika kita sedang hadapi SAKARATULMAUT!kerana iblis suka datang kepada kita yang sedang kepenatan,kehausan ketika menghkadapi ujian terakhir oleh Allah s.w.t.Iblis akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan akidah kita dengan pembohongan yang banyak sampai di hari akhirat nanti iblis akan berkata
"Itu tanggungjawab kamu untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.Tugas aku dah selesai.Tidak dapatlah aku membela kamu seperti yang aku janjikan.Kerana apa yang aku janjikan adalah kosong belaka".
Masa tu siapa nak tolong kita dek non?Duit berjuta?keluarga?kekasih?Kita sendiri tau.KITA.
*IBLIS MENYERUPAI ORANG YANG PALING DIBENCI.
Iblis dan kuncu-kuncunya boleh menyerupai macam-macam bentuk yang dingini.Kecuali iblis tak boleh menyerupai nabi dan rasul.Dan iblis akan datang kepada kita yang kehausan dan kepenatan dan ketika itu kita sedang berjuang untuk melepaskan roh daripada jasad dengan menyerupai orang yang paling kita benci sekali dalam dunia.Sebab tu jangan benci orang sangat sangatttt,nanti jatuh cinta,Eh bukan nanti jadi macamni.Apabila kita yang akan mati terpandang musuh kita yang amat kita benci semasa di dunia,kita akan cuba untuk menggerakkan diri kita bagi melakukan sesuatu kepada musuh kita itu dan dalam masa yang sama kita tak menyedari bahawa perbuatan kita tu sia-sia sebab musuh kita tu hanyalah jelmaan iblis semata-mata supaya kita lupa mengingati Allah.Dan sekiranya kita mati dalam keadaan macam tu,maknanya kita mati dalam keadaan fasik dan derhaka kepada Allah.Matinya kita dalam seorang yang fasik dan lalai.Anda rasa anda mampu tangani perkara ini?Jangan yakin sangat.Ada lagi.Baca yang bawah ni pulak.
*IBLIS MENYERUPAI ORANG YANG PALING DISAYANGI
Kalau dekat dunia,orang yang kita sayang nangis,kita tak sampai hati,kita akan sedih sekali,kita sanggup buat apa sahaja untuk mereka.Macam mana pulak bila kita nampak orang yang kita sayang ketika sakaratulmaut?apa kita nak buat?Dilema kan?Iblis akan datang menyerupai orang yang palingg kita sayang contohnya mak ayah,adik beradik,sanak saudara dengan membawa makanan dan minuman yang sedap-sedap kerana Iblis tahu kita dalam keadaan penat dan haus,Diriwayatkan bahawa jika diberikan selautan air sekalipon tidak dapat menghilangkan dahaga kita.Kemudian kita akan menghulurkan tangan kita untuk mengambil makanan dan minuman itu yang sudah pasti hanya tipu daya iblis sahaja dan Iblis yang menyerupai mak dan ayah kita akan berkata dalam suara yang mendayu-dayu dan beremosi
"Wahai anakku,inilah sahaja makanan dan minuman uang kami bawakan untuk mengilangkan kelaparan dan kehausanmu.Oleh itu berjanjilah kepada kami yang kamu akan menuruti dan menyembah Tuhan yang kami sembah supaya kita tidak lagi berpisah.Dan marilah bersama-sama kami ke syurga."
Andai kata kita mempunyai iman,dan keyakinan tinggi pada Allah,maka kita tidak akan terpedaya dengan ajakan palsu itu.kalau kita ikut dan jawab YA dengan ajakan syaitan itu,maka kita akan mati dalam keadaan fasik dan takbur.tempat yang layak bagi kita adalah neraka.Terhapuslah segala amalan didunia kerana kita mengikuti jejak langkah iblis.Keadaan ini adalah pendustaan iblis yang PALING BESAR kerana menyerupai mak ayah kita.
*IBLIS MENYERUPAI BINATANG KESAYANGAN KITA.
Jika semasa hidup kita sangat sayangkan binatang dan banyak bela binatang contohnya kucing,maka iblis akan menyerupai kucing kita tu.DAN sekiranya kita terpedaya dengan penipuan iblis,maka ketika kita sakaratulmaut,kita akan mengusap dan meraba-raba binatang kesayangan kita tu,padahal apa yang kita usap tu adalah iblis.sampai kita lupa untuk mengingati Allah.Sebab tu kita kena ingat apa yang kita minat,akan dijelmakan ketika sakaratulmaut untuk memperdayakan kita,lagi-lagi kalau kita ni suka sangat berjudi dengan menggunakan binatang.Haaa.dahlah berjudi,lepastu gunakan binatang,lepastu iblis menyerupai binatang tersebut.,Macam mana agaknya ye??Islam mengajar manusia untuk bersederhana,janganlah sayangg sangat dekat binatang sampai menjadikan diri kita ni lalai,cukuplah hanya dijadikan hobi dan untuk isi masa lapang kita ni.
*IBLIS MENYERUPAI ULAMA ATAU GURU.
Ketika kita penat dan kehausan menghadapi sakaratulmaut,iblis akan datang menyerupai seorang ulama dan dengan kitab ditangannya.Kemudian dia akan berkata:
"wahai muridku!Sesungguhnya sudah lama aku menunggu engkau.Sudah merata tempat kami mencari engkau.rupa-rupanya engkau sedang sakit disini.Oleh itu aku membawakan beberapa doktor dan bomoh handal untuk mengubatimu!"
Kemudian dia hulurkan ubat ubatan lalu kita makan ubat tersebut dan akhirnya sakit yang kita alami hilang buat sementara,kemudian sakit kita itu akan datang kembali.Kemudian iblis yang menyerupai ulama akan berkata:
"Wahai muridku!pada kali ini aku dayang kepadamu untuk memberi nasihat dan bimbingan agar kamu mati di dalam keadaan baik dan selamat!Wahai Muridku tahukah kamu akan hakikat Allah?"
Lalu kita akan bersuara tapi sudah tentu tidak didengari oleh orang-orang sekeliling kita yang sedang membaca yasin ataupun sedang menziarahi kita."Wahai guruku!tidak aku mengetahuinya!"
lalu iblis menjawab "wahai muridku sesingguhnya aku adalah ulama yang tinggi dan hebat!Aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan sesungguhnya aku telah medapat tempat di syurga yang paling teratas.Cubalah kamulihat dan perhatikan syurga disediakan untukmu oleh Allah sebagai balaan di atas amalan yang kau lakukan!Andai kata kamu hendak mengetahui zat Allah,maka IKUTLAH PERINTAHKU!"
Kemudian,kita dapat melihat saudara-mara,adik beradik,mak ayah semua berada dalam keseronokan kerana di tempatkan di syurga dan sudah pasti itu hanyalah jelmaan iblis dan kuncu-kuncunya untuk memperdayakan kita.Lalu kita akan bertanya pada iblis yang menyerupai ulama itu
"Bagaimanakah rupanya Zat Allah swt?"
Iblis berasa seronok dan gembira sebab tipu dayanya sudah mengena.Lalu dia berkata:
"Wahai muridku!tunguhlah sebentar lagi kerana tirainya dan dindingnya akan dibukakan untukmu!"
Kemusian tirai pon dibukakan satu persatu.Tirai itu berwarna warni yang sangat menarik perhatian kita.Kita seolah olah melihat sesuatu yang besar,lebih besar dari langit dan bumi.Kemudian kita akan berasa pelik.Lalu iblis berkata
"Itulah zat Allah yang patut kita sembah"
Setelah itu kita akan berkata:
"wahai guruku!bukankah ini benda yang benar-benar besar dan mempunyai enam sifatnya iaitu kiri dan kanannya?ada atas dan bawahnya,ada depan dan belakangnya?sedangkan zat Allah tidak menyerupai mana-mana makhluk.Dia Maha Sempurna dan Maha Suci dari sebarang bentuk sifat dan kekurangan.Namun pada waktu ini lain pula keadaannya sebagaimana yang aku ketahui dulu.Akan tetapi benda yang besar ini aku mesti sembah."
Dalam keadaan keraguan kita itu,malaikat maut pon datang dan mencabut nyawa kita dalam keadaan kita masih lagi kebingungan dan kelalaian mengingati Allah s.w.t.
"Barangsiapa yang pada akhir kalamnya mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH,dia akan masuk syurga"
(Hadis riwayat Abu Ya'la daripada Abu said)
Awak awak dan awak semua rasa awak boleh hadapi sakaratulmaut tanpa iman yang teguh?Tanpa agama yang kuat dan dengan sifat yang angkuh,sombong untuk mengikuti ajaran islam dan membuat semua laranganNYA?Lu fikirlah sendiri..Assalamualaikum!
![]() |
Atau bersediakah kita untuk menghadap Allah dengan senyuman begini? (,: |
Monday, 21 May 2012
Assalamualaikum semua pembaca.Apa khabar?ada sihat?Hari ni aku nak bahasakan diri aku ana boleh?Feeling arab sikit.Boleh apa yang tak bolehnya.Sesiapa pembaca tegar blog ana yang tak berapa nak meletup ni,pasti tahu pasal semua entri ana.Oh yang berkaitan dengan agama ada jugak.Tapi sikit yang banyaknya adalah isu yang dibangkitkan ana sendiri,jadi hari ni ana decide buat entri untuk renungan sesama muslim.Memandangkan sekarang ni bulan puasa,apa salahnya ente semua menambahkan ilmu di dada tu.Ish ish ish.Sambil geleng kepala 3kali.Ente semua jangan asyik baca entri mencari hantu je dalam blog ana ni.Sekali sekala mari baca tentang agama pulak dalam blog ana ni.
Hari tu ana ada baca satu buku lah,tajuknya 75 peristiwa akhir zaman,Ehem,ya kita sekarang berada di akhir zaman bukan pada permulaan zaman ya.Kita semua digelar manusia akhir zaman,bila berakhirnya zaman itu?Bila munculnya tanda-tanda kiamat besar yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.Baiklah sekarang ni sila lihat sekeliling ente dan bandingkan dengan apa yang bakal ana huraikan nanti.Oh sambung dengan ayat ini Di sekeliling ana banyak sangat...
1.Golongan yang meninggalkan solat
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Akan lahir setelah enam puluh tahun-meninggalnya rasulullah generasi yang mengabaikan perintah solat dan megikut shawat dan mereka akan mengalami kesesatan.Kemudian akan disusul oleh generasi yang membaca alquran,namun bacaan tersebut tidak sampai melampaui tulang selangka mereka...."
Cuba jeling kiri kanan.Berlambak tak orang macam ni?herm,Bukan orang sekeliling ente je,kadang-kadang ana pon buat sama,yela kita semua hanya manusia biasa.Tapi takkan ente semua nak berdiam diri je?Solat tu tak susah pon kan?5minit je.Oh berfacebooking boleh pulak sampai 5jam,ni solat 5minit je.Susah?Ya memang susah bagi orang yang anggap ia menyusahkan.Kita telah menjadi salah satu daripada golongan ini ya sahabat.Masyaallah,Adakah kita hanya mahu berdiam diri sahaja?lakukan sesuatu!Solat!
Apa yang Rasulullah S.A.W katakan itu telahpon menjadi kenyataan,tapi kita masih tidak takut kan?Dimanakah maruah umat islam masa kini?Dipijak-pijak sesuka hati oleh kafir laknatullah.Tapi yang paling menyedihkan dan teruk adalah umat islam sendiri menindas agama sendiri,ente semua tengok makcik hajjah sitt alwuzra,dengar cerita dah terbongkar dia siapa,seorang cina muslim yang bernama seperti di bawah,
![]() |
Betulkah ini makcik tu? |
Senang-senang je dia kutuk islam padahal dia pon islam.Tak takutkah kita bila islam tiada lagi didunia ini?Ana ada baca dalam satu buku agama,katanya,semua kafir laknatullah hidup di bumi ini hanya kerana masih wujudnya umat islam.Jika tiada lagi umat islam,apa yang akan jadi pada bumi ini?Lu fikirlah sendirr.EH silap.Ente fikirlah sendiri!
3.Pemimpin yang meninggalkan solat
Bila kita nak memimpin orang,diri sendiri tu kenalah betul dulu,itu yang selalu ana dengar,tapi bagi ana tak semestinya,mungkin pemimpin itu hebat dalam perkara lain,tapi dia tak hebat dalam perkara solat?kan?ana ada double meaning bagi ayat di atas ni.Ente fikirkan.Taknak fikirkan?Maknanya ana tengah perli la tu.Apalah ente ni,itu pon tak dapat tangkap.*hehe.
"akan datang sesudahku para pemimpin yang meninggalkan solat pada waktunya.."
Marilah ana kongsi sedikit pengalaman ana,dulu waktu ana bekerja,ana akan mengambil sedikit waktu untuk bersolat,tak kiralah waktu tu sikit atau banyak,waktu ana minta izin dari pemimpin ana untuk bersolat,dia hanya membalas"cepat sikit".Disitu ana agak pelik sebab kenapa dia tak ikut ana sekali bersolat?sedangakan ramai lagi pemimpin yang lain boleh cover dia?Yang paling mengejutkan ana pemimpin itu pernah berkata "siapa yang kerja dekat luar tak payah solat,pemimpin lain semua busy."Ana no komen,sebab ana juga tidak sempurna.Oh takutnya bila mengenangkan apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t telah terjadi perlahan-lahan.Sila lihat sekarang siapakah pemimpin anda?
Walaupun sekarang ni bulan puasa,shaiton dah kena ikat,tapi ana percaya ramai je manusia yang berperangai macam shaiton,dah tak tahu bezakan bulan puasa dengan bulan biasa.Yela masa tak puasa,biasa sangat pergi club,minum arak,so masa bulan puasa pon kena buat jugaklah.Sebab apa?Dah terbiasa.Tahukah mereka bahawa setitik air arak yang diminum,amalannya tidak diterima selama 44 hari.Jawapannya tahu,tapi kenapa buat jugak?Apa lagi manusia yang bereperangai shaiton?Merogol budak,bunuh.Oh ya,kes terbaru ni mayat seorang pendatang asing telah dikerat dan disumbat dalam lubang jamban.Shaiton ke tak shaiton perangai macam tu?Nak ke kita semua disumbat dalam neraka bersama shaiton shaiton tu semua?Masa tu,jangan ingat shaiton,iblis nak bela kita,tapi dia akan cakap "siapa kau suruh ikut apa yang aku cakap".Masa tu siapa yang nak tolong kita?Amalan kita.Tapi adakah amalan kita sudah cukup?
5.Manusia yang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa
"sesungguhnya di antara tanda kiamat,seseorang akan memberi salam kepada orag lain,yang tidak diucapkannya kecuali kerana sudah kenalinya"
Herm,ana rasa perkara ni takpayah tengok jauh-jauh tengok dekat diri sendiri,dekat facebook pon dah cukup.Adakah kita akan mengucapkan salam kepada orang yang kita tidak kenal?jawapan ente?Ya.Tapi bukan mengucapkan salam,tetapi hai,hello,wassup.Dimana hilangnya assalamualaikum iaitu sejahtera ke atas kamu?Ala.Kalau selisih dengan pensyarah yang dikenali pon susah betul nak ucap salam.Ana pon terkadang begitu.Tapi Kita boleh mengubahnya kan?
6.Masa yang berlalu bagaikan kobaran api
Eh sedar tak?sekarang ni dah berapa ramadhan?Dah seminggu lebih rupanya kita puasa.Rasanya baru semalam ana start puasa,tapi dah seminggu lebih dah?Eh dah nak akhir tahun dah?Rasanya baru semalam ana berada di zaman jahilliah celebrate new year di pavillion.Yelah rasanya baru semalam anak berubah jadi apa yang ana jadi sekarang ni.
Sabda Rasulullah s.a.w
"tidak terjadi kiamat,hingga waktu terasa saling berdekatan.Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu.Satu minggu bagaikan satu hari.dan satu hari ibarat satu jam,serta satu jam laksana kobaran api"
Adakah ente semua merasai apa yang ente rasa?iaitu masa berlalu begitu pantas,tahu-tahu dah nak raya dah,tak sempat nak merasai kenikmatan Ramadhan,kenapa?sebab Al Karmani pernah berkata"Maksudnya ialah,ditariknya keberkahan(Keberkatan) dari segala sesuatu termasuk dari waktu,dan hal itu merupakan tanda-tanda sudah dekatnya kiamat".Jadi apa yang perlu kita semua lakukan pada Ramadhan ini?Gunakan ia sebaik mungkin,ana takut kita semua tak sempat memberi salam pada Ramadhan tahun hadapan.Boleh?
7.Golongan yang meninggalkan islam
![]() |
Lina joy |
Ya allah,Islam adalah seindah agama,tiada paksaan,fleksible tapi kenapa masih ada umat islam sendiri meninggalkan agama yang indah ini?Oh sedihnya,ente sudah murtad,tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t kecuali syirik.Ente kembali lah ke pangkal jalan,lakukan taubat nasuha.Dalam Malaysia ni banyak kes umat islam mohon dekat mahkamah untuk keluar dari islam tapi ente masih ingat lagi pada kes Lina joy?Siapakah Lina joy?Lina joy adalah seorang yang dilahirkan islam dan nama sebenar dia adalah Azlina Jelani.Kenapa dengan dia ni?dia nak gugurkan islam dari Mykad dia sebab dia dah memeluk agama kristian katolik.Betapa mudahnya dia ni kan?heh Kalau ana jumpa dia ni ana rasa ana nak bunuh dia ni sebab dalam islam,darah umat islam yang murtad adalah halal untuk dibunuh.Tapi negara kita ni ada undang-undang,takpe-takpe.We'll see you in court Lina Joy?Court mana?Mahsyar!
Nabi S.A.W terakhir kita pernah bersabda
"sungguh akan terlepas pegangan islam satu demi satu.Setiap terlepas salah satu pegangan,maka orang-orang akan berebutan utuk bergantung kepada yang lain.."
Subscribe to:
Posts (Atom)